Blogger Layouts

Friday 6 January 2012

Terima Kasih Cinta


Saat kamu jatuh cinta pada si dia, adakah kamu mensyukuri cinta yang datang tanpa dipinta?
Saat kamu menyatakan niat untuk bersama dengannya, adakah kamu mensyukuri cinta yang menjadikan kamu berani mengatakannya?
Saat kamu melangkah ke alam pernikahan, adakah kamu mensyukuri hikmah pertemuan membuahkan cinta untuk bersama?
Saat kamu menjalani kehidupan berumahtangga, adakah kamu mensyukuri cinta yang akan dibawa hingga ke syurga?
Kamu pernah jatuh cinta, kamu tahu rasanya cinta, kamu tahu datangnya tanpa dipinta, pernahkah kamu mensyukuri nikmatnya?
Cinta itu kurniaan ilahi, yang terletak di dalam hati, fitrah manusia yang penuh suci, namun kadang-kala lalai untuk dihargai.
Rasa ragu terhadap cinta, rasa curiga terhadap cinta, rasa jemu terhadap cinta, semuanya berlaku kerana tidak menghargai cinta.
Manusia lupa itu cinta sesama manusia sekadar pinjaman dari-Nya, manusia alpa bahawa cinta yang kekal hanyalah Lillahi Ta’ala. Hingga akhirnya menangisi setelah cinta itu telah tiada.
Kerana cinta itu penuh nikmat, kerana cinta itu penuh rahmat.
Syukurilah cinta yang diberi, oleh itu kita akan merasa nikmat kurniaan ilahi. Jika tidak diendahkan, maka ianya pasti menjadi ujian.
Tanya diri, sudahkah anda mensyukuri cinta yang diberi? InsyaAllah, Dia pasti akan memberi lagi.
Terima kasih cinta (^_^)

No comments:

Post a Comment