Blogger Layouts

Friday 6 January 2012

Buat Yang Rasa Dirinya Kurang Hensem Dan Kurang Cantik


Betapa untungnya bila :
“Pergh ~ Bini cantik, laki kerek, gua rasa muka gua macam Galang lagi layak dowh~~”
“Ish, mesti dia pakai santau, macam mana muka macam jalan grubble dapat laki macam Aaron Ajis?”
Yang bukan dalam senarai di atas?
“Abang, saya risau sangat.. saya tahu jodoh tu ditangan tuhan.. tapi, tahulah persepsi orang.. nak yang cantikk jerr.. kalau semua nak cantik.. yang tak cantik macam saya ni? Dorang nak buang kat mana?
“Huh, perempuan sekarang, kalau tak pandang rupa, pandang poket.. hmm ~”
Argghh ~ aku dengar mamat afrika yang men in black, senang-senang dapat gadis cantik. Gadis-gadis ni selalu kata, dorang ni romantik. Romantik?
Romantik kategori apa? Romantik ni kategori baik, satu perasaan yang akan membuatkan pasangannya senang banget. Jadi, penyelesaiannya? Jadi romantik? Termasuk wanita?
******************************
Seorang pemuda Ansar bernama Julaibib, bukanlah pemuda yang diharapkan oleh para ibu bapa untuk dijadikan menantu mereka. Apatah lagi para gadis, jika ingin mendambakan lelaki tampan, pastilah Julaibib akan ditolak mentah-mentah, kerana rupanya yang tidak menarik, disamping dipandang hina oleh masyarakat sekeliling.
Biarpun rupanya tidaklah setampan Lee Min Ho, malah watak sinetron Galang berkali-kali ganda hensem berbanding dirinya, tapi dia tidak sedikit pun mengeluh, ataupun tertanya-tanya, kenapa tiada yang menginginkannya, sehinggalah baginda nabi sendiri yang bertanya adakah Julaibib tidak ingin membina masjid yang bercahaya?
Julaibib hanya tersenyum, lalu berkata “Siapakah ya Rasulullah, yang hendak mengahwinkan puterinya dengan diriku ini?”
Maka Rasulullah pun berjumpa salah seorang dari kalangan kaum Ansar, lalu bersabda “Kahwinkan aku dengan puterimu!”
Kemudian sambung baginda, “Tapi bukan untukku, tapi untuk Julaibib.”
“Ya Rasulullah, biarlah aku berbincang terlebih dahulu dengan isteriku.” jawab orang tersebut dengan penuh ragu.
Lalu orang tersebut pun menemui isterinya dan berkata “Rasulullah bertemuku, dan meminang puteri kita.”
“Alhamdulillah, sebaik-baik mata adalah menjadi isteri Rasulullah.” jawab isterinya.
“Namun, bukan untuk baginda.” sambung si suami.
“Jadi? Untuk siapa?” soal isterinya dengan kehairanan.
“Julaibib.” sepatah jawapan yang keluar dari mulut orang Ansar tersebut.
“Julaibib? Tidak! Sama sekali aku tidak ingin menikahkan puteriku dengan Julaibib!” tegas si isteri.
Terdengar si gadis solehah tentang perbualan kedua orang tuanya. “Siapakah yang meminang diriku itu?” tanya si gadis tersebut.
“Rasulullah, tapi untuk Julaibib.” jawab si ibu.
“Adakah umi dan abi hendak menolak permintaan Rasulullah? Demi Allah, kirimkan saya padanya. Dan demi Allah, karena Rasulullah yang meminta, maka tiada akan dia membawa kehancuran dan kerugian bagi ummatnya” jawab si gadis itu.
Kemudian si gadis tersebut membaca firman Allah surah Al-Ahzab ayat 36 :
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.
Dan akhirnya si gadis solehah itu bersatu dengan Julaibib, seorang pemuda yang kurang tampan, tapi punya luhur budi yang tinggi dan suka merendah diri.
******************************
Apa kaitan romantik dengan cerita Julaibib ni? Adakah sekadar pembuka, penyedap cerita semata-mata? Ada unsur-unsur romantik kah pula cerita tersebut?
Seperti yang ku katakan, romantik tu kategori baik, dan setiap sifat yang baik, lebih baik berbanding rupa yang baik tapi akhlak tak dijaga baik.
Ala ~ Ayat standard tu, rupa tak penting yang penting hati baik? Biasa dah bro dengar ayat ni. Commonlah, orang sekarang tak faham punya, percayalah. Muka cantik, orang hensem, itu yang hot bro.
Apakah kamu kira yang cantik itu, yang hensem itu, terletak pada mukanya? Ni ayat aku bagi, kecantikan itu bukan terletak pada wajah pemiliknya, tetapi pada pandangan mata yang melihatnya. Maksudnya?
Bagilah siapa-siapa artis pun, bukan semua yang cakap dia cantik, bukan semua cakap dia hensem. Lain orang, lain pandangannya. Tapi satu sahaja kecantikan yang orang pasti akan setuju, yakni kecantikan akhlak dan agamanya.
Kalau dah nak kahwin, siapa tidak mahu suami, atau isteri yang baik-baik, soleh mahupun solehah. Ayat standard aku, nak yang baik, jadilah yang terbaik.
So, janganlah rasa down, dengan keyakinan diri tu, biar aku bagi checkmate dengan bagi satu sabda nabi berkenaan Julaibib :
Anas bin Malik menuturkan, “Ada seorang sahabat Rasulullah yang bernama Julaibib dengan wajahnya yang kurang tampan. Rasulullah menawarkan pernikahan untuknya. Dia berkata, “Kalau begitu aku orang yang tidak laku?” Rasulullah menjawab, “Engkau di sisi Allah orang yang laku.” (HR Ya’la)
Fikir-fikir, lalalalala.

No comments:

Post a Comment