Blogger Layouts

Friday 6 January 2012

10 Sebab Lelaki Menangis

1. Tengok drama/movie
Kadangkala lelaki ni pun boleh tangkap jiwang juga bila tengok cerita cinta yang sedih. Macam cerita Mohabbatein tu, alah. Time Aishwarya Rai bunuh diri tu. Lelaki pun ada nangis juga. Ni kira lelaki tangkap jiwang habis la. hehe. Tak pun cerita One Liter Of Tears (Jepun). Siriyes seday!

2. Putus cinta
maCy biasanya jumpa lelaki yang cool je bila putus cinta. Bukan cool sebab tak rasa apa-apa, tapi masih berjaya mengawal emosinya. Tapi jangan terkejut ya, maCy selalu menjadi port kawan-kawan mengadu putus cinta. Dan ada yang sampai maCy jadi risau, sebab dia menangis. Perempuan menangis biasa jumpa. Lelaki menangis, aishh.. Nk buat macam mana ni? huhu

3. Kehilangan orang tersayang
This one sangat diterima akal lah kan. Insan terdekat seperti ibu bapa, adik beradik, isteri hatta kekasih hati sekalipun pergi, pasti akan menangis juga.

4. Ketawa sampai menangis
Hah. Yang ini pun boleh jadi juga. Kelakar sangat agaknya sampai tergolek-golek dan mengalir air mata.

5. Depress sangat
Contoh stress nye, dah jadi pemimpin keluarga. Anak pulak sepuluh orang. Tiba-tiba syarikat buat hal, ekonomi jadi tak menentu. Hati suami mana yang tak hancur tengok anak isteri terpaksa bersusah kan? Eceh.. hehe

6. Mengecapi kejayaan
Berjaya me'repair jam loceng yang rosak. Hooray! hehe

7. Tengok orang susah
Wah.. lembut betul hati lelaki macam ni. Biasanya lelaki begini penyayang orangnya. Ada ke? Nak kenal. Single lagi tak? muehehe. Kiddy ;p

8. Bertumbuk sampai menangis
Awal bergaduh memang masing-masing tunjuk terer. Tapi belakang-belakang, lepas tu menangis juga. Jangan nak deny, maCy pernah jumpa ok? hihi

9. Team favourite kalah dalam football match
Contohnya peminat fanatik Manchester United la. Kalau dah tak biasa kalah tu, tiba-tiba kalah. Betul-betul mengganggu emosi. Fan Arsenal bukan tak menangis sebab dah biasa kalah, tapi sebab kami ni memang cool. ;p

10. Menangis kerana-Nya
Duduk di tikar sembahyang, mengenang dosa lalu. Menyedari kerdilnya diri di hadapan-Nya. Hah, kan kalau dengar kaset bacaan Quran pun boleh dengar kadang-kadang orang yang baca tu menangis. Sebab dia faham isinya~

No comments:

Post a Comment