Blogger Layouts

Friday 6 January 2012

Tangisan Perkahwinan


Terkedu seketika meilhat dia yang pernah menjadi insan paling istimewa dalam hidup aku, …bahagia bergambar sebagai seorang isteri yang sah!
Terkejut! Amat terkejut… dalam diam-diam, rupa-rupanya mendirikan rumahtangga. Tak pernah aku sangka, akhirnya setelah sekian lama gagal dan gagal lagi, …kahwin juga dia bersama seorang pria kacak…
Aku tahu, memang dia layak bahagia dengan pilihannya. Namun, jauh di sudut hati aku… aku seperti mengharapkan sesuatu. Mungkin aku masih mahu MASA untuk bersamanya? Mungkin juga aku impikan peluang kedua… namun, sebenarnya aku sendiri pun tidak mengerti apa yang aku harapkan…
  • Sebenarnya aku gembira untuk dia, tetapi entah mengapa jiwa aku punya secalit duka. Terasa seperti sudah hilang peluang untuk melanjutkan persahabatan kami. Terasa seolah-olah terputus cinta… seperti kehilangan sayang. Sedih sangat kerana, tidak akan ada lagi apa-apa antara aku dan dia,  dan tidak mungkin lagi kami bisa berbual-bual seperti dulu-dulu… Malah, tiada lagi luahan hati sendunya setiap kali gagal di dalam percintaannya…
Ya, mungkin itu sajalah yang aku rindukan… seorang teman yang mengharapkan kata-kata peniup semangat dari ku.. Aku sungguh sedih… terkoyak jiwa aku yang sekeras kerikil ini… runtun jua akhirnya. Ku fikir hanya bergenang, namun basah jua pipi kesat ku di saat-saat getir menahan maruah kelakian ini…
“Dah kahwin?!” – Sesuatu yang susah untuk aku terima… Mungkin sebab itulah juga dia telah lama menghilangkan diri… aku sememangnya faham dan menerima permintaan dukanya untuk tidak meneruskan perhubungan kami, kerana seksa baginya bila mengenangkan status aku. Namun, jauh dilubuk hati kami berdua… kami tahu yang kami saling sayang sebenarnya…
Apa lagi yang boleh aku lakukan… inilah dikatakan takdir. Semuanya sudah tertulis… biar berapa banyak usaha kita, biar berapa banyak doa, jika sudah tersurat dia bukan milik kita… terlepas pergi jugalah dia…  jika tertulis dia milik kita, maka kahwin lah kita…
  • Aku tahu betapa dia sudah terlalu lama menantikan saat kebahagiaan ini, sudah lama inginkan hidup yang punya kepastian, tahu kemana mahu pulang, tahu siapa yang menanti…
  • Jadi, B.E… mungkin aku terkecewa, namun aku tetap mendoakan kau berdua bahagia hingga ke akhir hayat!… Ingatlah semua kata-kata ku dan segala nasihat yang selalu ku berikan, jadikan azimat dan peneman dalam pengembaraan baru mu, jagalah nyawa baru mu itu dengan sepenuh jiwa manis mu…
Aku? …ya, kadang-kadang aku terfikir, mungkin semua ini adalah  akibat dari dosa-dosa semalam… aku bahagia dalam sunyi,  berdua bagai satu…mungkin masih tidak cukup lagi taubat-taubat ku… ahhhhh…sedih,,,    Hanya sebuah tangisan perkahwinan yang menemani ku sepanjang malam ini…
Tangisan duka atau gembira? Hanya Allah yang mengetahui khilaf diri hamba…
Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

No comments:

Post a Comment