Blogger Layouts

Thursday 5 January 2012

SIFAT LELAKI YANG PEREMPUAN SUKA


Hello hotties! Entri sebelum ni aku dah cerita tentang perkara yang dibenci gender masing-masing dan kali ni aku akan cerita tentang sifat lelaki yang diharapkan perempuan pulak. Jika entri sebelum ni dimulakan dengankaum hawa, kali ni aku akan mulakan dengan kaum buah halkum pulak. Jadi, kalau nak mengurat awek, tak perlu nak habiskan duit beli hadiah itu ini, ada je sifat ni dah cukup untuk menarik perhatian si dia.





KEMAS DAN BERSIH
Ini faktor utama yang selalu ditengok perempuan sebab mata perempuan ni suka benda-benda yang perfect dan kemas gitu. Tak perlu buat pembedahan plastik untuk dapat wajah kacak seperti Anuar Zain, apa yang perlu korang buat ialah ambik berat tentang diri sendiri. Pastikan kalau keluar tu badan bau wangi bukan bau peluh kambing jantan. Muka tu pulak pastikan dibersihkan guna pencuci muka dan jangan lupa pelembap. Tak coollah kalau keluar dengan muka berminyak, kalau aku jumpa rasa macam nak perah buat minyak masak je...Baju tak payah nak skema sangat tuck in, yang penting kemas dan tak renyuk. Akan akan ulas sikit untuk ni entri akan datang. Rambut kenalah letak minyak rambut. Gigi pun penting, tak guna muka smart macam Aaron Aziz, sekali gigi kuning nak mampoih...


GENTLEMAN BUKAN GENTELMAN
Selepas dah smart, kenalah marketkan nilai-nilai macho tu.Tahukah korang bahawa lelaki berbadan besar lagi disukai perempuan sebab ciri-ciri gentleman diorang? Kalau nampak je orang tua buta nak lintas jalan, tolong dia lintas. Siapa tahu, kalau tak dapat si dia, sekali ada aweks lagi hot tengah pandang korang, tak rezeki namanya? Kalau ada perempuan nampak kusut ada masalah, pergi dekat dia dan dengan suara romeo kata, "Awak nampak macam ada masalah je?Ada pape boleh saya bantu?" Pergh... Konpem cair beb.. Kalau si dia menangis, bagilah tisu atau pinjamkan bahu korang. Pendek kata, korang kena tunjukkan yang korang ni boleh membuat si dia rasa dihargai.


FAHAM DIRI SI DIA
Benda ni yang ramai lelaki gagal dan punca banyak perhubungan terkucil ditengah jalan. Kebanyakan lelaki tak bersabar dalam cuba memahami diri si dia. Pendek kata, PENTINGKAN DIRI SENDIRI! Kalau si dia mintak jauhkan diri, jauhkan diri. Jangan terlalu mendesak si dia apatah lagi memaksa. Kalau dia nak kongsi masalah, biarkan dia habis cakap dulu, baru korang cakap. Ini tak, asal dia cakap je, kau pun nak cakap. Macam mana nak faham si dia kalau macam tu? 


PENYABAR DAN TENANG
Sifat ni banyak mainkan peranan. Kalau kena marah dengan lecturer atau berada dalam situasi sukar, korang kena sentiasa amalkan prinsip ni. Baru nampak korang ni orang yang cerdik pandai. Walaupun tak belajar tinggi mana, tapi dengan ada sifat ni dah cukup buat si gadis tertawan sebab diorang tahu yang korang ni guna kepala otak jugak untuk berfikir dan bukan guna kepala lutut. Kalau si dia marah atau apa yang dikatakan bertentangan dengan korang, sabar je. Lepas dua tiga nafas baru korang suarakan pendapat korang tapi dengan cara yang melukakan hati si dia . Cuba amalkan "win-win situation". Ops, sabar-sabar jugak, tenang-tenang jugak, tapi senyum jangan lupa, cuma senyum ikhlas, bukan senyum orang gila seks! Aset penting tu.


MATANG
Matang ni luas maknanya. Tapi yang sentiasa buat gadis-gadis kat luar sana tu tergila-gila ialah dah boleh bawak diri. Kiranya kalau campak kau sorang-sorang kat dalam hutan pun kau boleh hidup dengan buat keputusan sendiri. Kalau tak matang, perangai macam budak-budak, buat muka air liur meleleh, muka bodoh-bodoh je yang kononnya kiut, macam mana nak nampak keyakinan diri tuh! Memang ada masanya kena buat perangai kiut-miut, tapi bukan setiap masa yek..Jangan sampai dia kata, "diri sendiri tak pandai jaga nak jaga aku", Sudah~~~


PANDAI BUAT LAWAK
Last sekali pandai ambil hati si dia dengan buat lawak. Tak kisahlah belum kahwin ke, dah kahwin ke, benda ni akan membuatkan seseorang tu 'special'. Tak guna kalau muka hensem, tapi serius je. Kalau aku pun tak suka...Membosankan~~~Tapi nak buat lawak kena tengok-tengok jugak lawak macam mana. Jangan belum kau habis cerita lawak, kau dah gelak dulu sehingga buat si dia terpinga-pinga sudahlah yek..


P/s:Takat ni je untuk entri ni. Mungkin akan buat sambungan. Jadi bagi gegurl, kalau ada lagi sifat lelaki yang korang rasakan best, boleh tinggalkan kat komen k. Adios~~~

No comments:

Post a Comment