Blogger Layouts

Friday 6 January 2012

3 jenis manusia yang selalu dielak daripada bersembang


Apakah punca yang menyebabkan seseorang sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain? Mungkin anda sendiri pernah melalui dimana cuba mengelak daripada berkomunisasi dengan seseorang yang anda rasa kurang selesa dengan mereka. Apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku?
Terlalu banyak bercakap- Sekiranya anda terlalu banyak bercakap sehingga menghalang untuk orang lain memberikan pendapat mereka, sudah pasti mereka tidak mahu berkomunikasi dengan anda. Didalam perbualan atau pergaulan, anda perlu bijak untuk memberi dan menerima sesuatu pendapat. Jangan sesekali mendominasi perbualan kerana ia merupakan perkara yang amat menjengkelkan.
Isu yang sama- Pasti anda mempunyai kepakaran mengenai sesuatu isu, tetapi adalah lebih baik sekiranya anda menyatakannya bersesuaian dengan masa dan tempat. Sekiranya anda selalu menyatakan hanya mengenai isu yang sama sahaja dikhuatiri rakan anda tidak berminat untuk mendengar mengenai topik yang anda ingin ceritakan.
Terlalu banyak drama- Tidak dapat dinafikan sesuatu kisah itu akan menjadi lebih menarik sekiranya dimasukkan elemen drama terhadap penceritaanannya. Tetapi elemen tersebut tidak perlulah disampaikan secara keterlalun. Ini kerana cerita yang disampaikan secara berlebihan akan membuatkan orang lain muak untuk mendengarnya. Selain daripada itu, mungkin akan wujud unsur penipuan.
kalau korang ada sebab lain kenapa elak daripada bersembang dengan seseorang. Bagitahu kami di ruang komen ok. Kami teringin nak tau jugak. he… :D

No comments:

Post a Comment