Blogger Layouts

Friday 6 January 2012

4 perkara perlu difikirkan sebelum menjalinkan hubungan semula


bekas kekasihUntuk kembali bersama bekas pasangan anda setelah berpisah kadang-kadang bukan keputusan yang tepat walaupun emosi anda kuat menyatakannya. Anda perlu terlebih dahulu menilai mengenai perhubungan sebelum ini dan juga beberapa faktor yang akan dinyatakan untuk membantu anda membuat keputusan yang lebih tepat. Tidak semestinya apa yang anda rasa akan menjamin kebahagiaan anda kelak.
(1) Ketidakpastian- Sekiranya anda sendiri tidak pasti atau ragu samaada perlu menjalinkan hubungan semula atau tidak, adalah lebih baik anda cuba untuk mengelakkannya. Ini kerana perhubungan sememangnya memerlukan komitmen. Sudah pasti anda tidak akan dapat memberikan komitmen sekiranya anda sendiri masih dalam keraguan. Ia juga akan mempengaruhi anda untuk memutuskan hubungan banyak kali dan membuatkannya seolah-olah hanya permainan.
(2) Masalah yang masih tidak dapat diselesaikan- Sebelum menjalinkan sesuatu hubungan semula, anda perlu terlebih dahulu menyelesaikan konflik yang wujud antara anda. Kenalpasti apakah punca yang menyebabkan perpisahan. Jangan sesekali cuba untuk menjalinkan hubungan selagi masalah belum selesai. Ia akan menyebabkan masalah yang sama akan wujud berulang-ulang kali.
(3) Tidak mahukan perdamaian- Sekiranya bekas pasangan anda tidak mahukan perdamaian, jangan sesekali memaksa mereka untuk menerima anda semula. Ini kerana hubungan pasti tidak akan berhasil sekiranya usaha hanya daripada satu belah pihak sahaja. Anda perlu teruskan kehidupan dan cuba untuk bina hubungan yang baru. Tetapi jangan terlalu gelojoh untuk menjalinkan hubungan yang baru kerana anda mungkin akan melakukan kesalahan yang sama.
(4) Hubungan yang baru- Sekiranya anda mendapati bahawa bekas pasangan anda telah mempunyai hubungan yang baru, tidak perlu untuk anda terus mengejar mereka. Biarkan mereka dengan kebahagiaan mereka dan anda perlu berusaha untuk kebahagiaan anda. Kebahagiaan bukan bermakna bersama pasangan sahaja, tetapi ia juga boleh dinilai dari segi kejayaan, pencapaian atau sebagainya.
Sekiranya anda telah memikirkan mengenai 4 perkara diatas dan hati anda kuat untuk menyatakan bahawa hubungan kali ini akan berjaya, adalah sangat baik untuk anda menjalinkan hubungan semula bersama pasangan. Ia bukan sahaja memberi kebaikan pada anda, malah kepada pasangan, anak-anak dan orang lain yang suka melihat anda bahagia.

No comments:

Post a Comment