Blogger Layouts

Friday 6 January 2012

4 soalan yang lelaki tidak suka ditanya oleh wanita

punca penyakit jantung



Tahukah anda betapa rungsingnya seorang lelaki apabila diajukan seribu macam soalan? Keadaan akan lebih buruk lagi jika jawapan yang diberikan tidak memuaskan hati pihak wanita dan secara tidak langsung akanmengganggu emosi mereka. Ini akan membebankan pihak lelaki untuk memujuk mereka kembali. Jadi apakah soalan yang tidak perlu ditanya kepada lelaki?
(1) Adakah awak tertarik terhadap wanita lain?- Jawapannya sudah pasti YA! ini kerana kita semua adalah manusia biasa. Tertarik terhadap perkara yang baru adalah satu lumrah kehidupan, apa yang lebih penting adalah tentang bagaimana cara untuk mengawal situasi tersebut.
(2) Adakah saya kelihatan gemuk/cantik?- Soalan ini tidak perlu ditanya, lelaki akan memberitahunya dengan ikhlas apabila sudah tiba masa yang sesuai.
(3) Apa yang telah berlaku pada hubungan awak yang lepas?- Apa yang telah berlalu biarkan saja ia berlalu. Tidak perlu lagi diceritakan kerana apabila ia diceritakan kembali, ia hanya akan memberi emosi sahaja.
(4) Antara kawan dan saya mana lebih penting?- Tidak perlu wanita untuk mempertikaikan hubungan seorang lelaki bersama rakan mereka. Sudah semestinya layanan kepada diri anda adalah lebih istimewa berbanding daripada rakan.
pppsssttt…… ni baru sikit, sebenar banyak lagi… hahaha ;p

No comments:

Post a Comment