Blogger Layouts

Friday 6 January 2012

5 kekurangan sekiranya anda single


Jika sebelum ini kami telah menyampaikan mengenaikelebihan sekiranya anda single, artikel kali ini kami akan menerangkan mengenai kekurangannya pula. Adalah menjadi lumrah kehidupan dunia ini setiap kelebihan pasti akan ada kekurangan. Ianya terpulang kepada diri anda untuk membuat penilaian yang tersendiri. Antara kekurangannya adalah..
(1) Berasa sunyi- Sudah pasti ada sebabnya mengapa manusia diciptakan berpasang-pasangan. Salah satu punca utamanya adalah untuk mengelakkan mereka daripadaberasa sunyi. Sekiranya anda single, mungkin anda tidak berasa sunyi kerana mempunyai ibubapa, adik beradik, saudara mara, rakan-rakan dan sebagainya, tetapi ia pasti tidak akan sama seperti pasangan hidup menemani anda.
(2) Melihat kebahagiaan orang lain- Adalah mustahil sekiranya anda menyatakan tidak terasa apabila melihat kebahagiaan rumahtangga orang lain terutamanya jika mereka adalah dikalangan rakan-rakan anda. Pasti anda juga ingin merasakan kebahagian yang rakan anda alami. Perasaan ini pasti tidak akan hilang selagi anda masih single.
(3) Pembakar semangat- Pasti anda semua mengetahui bahawa setiap kejayaan lelaki pasti ada wanita yang menyokong dibelakang begitu juga sebaliknya. Wanita tersebut mungkin boleh menjadi sesiapa sahaja seperti ibu, kakak, atau rakan wanita. Tetapi ia pasti akan lebih bermakna sekiranya wanita tersebut adalah teman hidup anda.
(4) Masalah ditanggung sendirian- Pasti ramai orang yang berada disekeliling anda yang sanggup memberikan bantuan apabila anda dilanda masalah seperti ibubapa, adik beradik dan rakan-rakan, tetapi ia pasti tidak akan sama sebagaimana perkongsian masalah antara pasangan hidup anda.
(5) Kasih sayang- Manusia sememangnya diciptakan untuk memiliki perasaan kasih dan sayang. Luahan perasaan kasih dan sayang terhadap pasangan semestinya terlalu banyak perbezaan berbanding orang lain. Kasih dan sayang terhadap pasangan adalah lebih lengkap dari segi keperluan luaran dan dalaman.
Sekiranya anda sudah bersedia dari semua aspek seperti kewangan mahukan psikologi, perkahwinan adalah jalan terbaik untuk melengkapkan lagi naluri anda sebagai manusia.

No comments:

Post a Comment