Blogger Layouts

Friday 6 January 2012

3 tanda bekas pasangan masih memendam perasaan terhadap anda


Didalam suatu perhubungan, sukar untuk menjangkakan apa yang akan berlaku untuk keesokan harinya. Hari ini anda berdua gembira bersama, tetapi untuk masa akan datang ia tidak menjanjikan apa-apa. Jika hubungan anda terputus, ia tidak bermakna pengakhiran untuk anda. Mungkin  masing-masing memerlukan masa untuk menenangkan diri sendiri. Anda sebenarnya dapat mengesan sekiranya bekas pasangan anda masih memendam perasaan terhadap anda. Antara tanda-tandanya adalah..
(1) Mereka tidak mencari pasangan yang lain- Ini adalah merupakan salah satu tanda jelas pasangan anda masih memendam perasaan terhadap anda. Mereka tidak mencari pasangan lain walaupun anda berdua sudah berpisah. Kebiasaannya, pada ketika ini, mereka hanya memerlukan masa untuk menenangkan diri sendiri. Beri ruang kepada mereka dan berusaha untuk mengubati hati mereka yang terluka.
(2) Masih menghubungi anda- Sekiranya mereka masih menghubungi anda walaupun tidak sekerap sebelum ini, ia adalah petanda bahawa mereka masih memendam perasaan terhadap anda. Sekiranya anda juga masih mempunyai perasaan terhadap mereka, berikan mereka peluang dan sekiranya hati anda telah tertutup terhadap mereka, berikan mereka penjelasan.
(3) Apabila anda bertemu, mereka kelihatan agak cemas- Ini juga adalah petanda yang menunjukkan mereka masih ada lagi perasaan terhadap diri anda. Kebiasaannya, orang yang memendam perasaan akan cemas apabila bertemu dengan seseorang yang mereka pendam.
ppssstttttt.. kalau agak-agak takde tanda-tanda seperti kat atas ni, better korang cari lain je.. bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor..hehe :p

No comments:

Post a Comment