Blogger Layouts

Friday, 6 January 2012

4 sebab wanita menggemari lelaki yang lebih berusia


cara menarik perhatian wanitaPasti anda sebagai lelaki sejati yang berwajah tampan dan berbadan sasa berasa pelik mengapa wanita menggemari lelaki yang lebih berusia bukan? Apakah kekurangan pada diri anda jika hendak dibandingkan dengan seorang yang lebih berusia? Ini berlaku kerana faktor utama majoriti wanita memilih pasangan bukanlah berdasarkan sifat luaran. Jadi apakah sebab wanita menggemari lelaki yang lebih berusia?
(1) Pasti anda semua mengetahui bahawa pemikiran lelaki lebih lambat matang berbanding wanita. Fakta ini sememangnya tidak dapat dinafikan. Lelaki yang lebih berusia menjadi tarikan terhadap wanita kerana kestabilan emosi mereka mengenai sesuatu perkara. Ini kerana wanita amat-amat memerlukan kestabilan untuk memberikan ketenangan didalam kehidupan mereka.
(2) Lelaki yang lebih berusia juga akan lebih bersifat tanggungjawab dan dipercayai. Ini kerana mereka sudah tidak mempunyai cukup masa untuk bermain-main mengenai soal pasangan hidup mereka. Komitmen yang ditunjukkan inilah kebiasaannya akan mampu untuk memikat wanita yang mengenali mereka.
(3) Pengalaman sudah pasti banyak mengajar seseorang mengenai erti kehidupan. Pengalaman yang bermanfaat inilah akan digunakan sebagai senjata rahsia untuk lelaki yang berusia memikat wanita yang lebih muda daripada mereka. Hati wanita mungkin sukar untuk dipikat, tetapi sekiranya anda tahu cara untuk memikatnya, proses ini pasti akan menjadi lebih mudah.
(4) Walaupun pemikiran lelaki yang lebih berusia matang, ia tidak bermakna mereka juga akan turut ketinggalan dalam arus kemodenan hari ini. Penampilan mereka yang kemas, segak dan bersih sudah pasti akan menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Malah, mereka juga mampu berpenampilan 20 tahun lebih muda daripada usia sebenar mereka.
kepada lelaki yang tengah mencari buah hati tu, carila yang muda sikit ok… hehe :p

No comments:

Post a Comment

Post a Comment