Blogger Layouts

Friday, 27 January 2012

" Selamat Tinggal "



لا اله الا الله ، محمد رسول الله
Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.
Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

23 SEPTEMBER 2011


11"Selamat Tinggal"

Share
"...Permintaan terakhirku..jgn kau lafazkan..walaupun seketika, walaupun sekelip mata..simpan saja kata-kata, ke akhir hayat yang ada.."
"Hai diriku, kematian akan menceraikan dikau dengan orang yang kau cintai." - Siapakah Aku, Nora,1989.
"Perpisahan bernama kematian amat tidak digemari oleh sesiapa pun. Namun kematian itu hak ALLAH. DIA yang menghidupkan dan DIA jualah yang berkuasa mematikan." - Bagaikan Puteri, Ramlee Awg Murshid.
Kematian adalah kepastian. "Merasai Mati" diulang hampir 5 kali dalam al-Quran. Firman Allah:
Surah Al-Anbiya' (21):35

Tiada siapa dapat lepas dari kematian. Manusia pasti mati dan tidak kekal abadi di dunia.
Firman Allah lagi:


Surah Al-Anbiya' (21):34

Kita tiada daya upaya menunda, mendahulukan, atau melewatkankematian. Firman Allah lagi:

Surah al-A'raf (7):34

Takut mati bukan dari ajaran agama Islam. Islam menyarankan umatnyabersedia untuk mati. Bukan lari darinya. Firman Allah:

Surah al-Jumu'a (62):8

Cubalah lari, mati pasti akan mendapatkanmu. Cubalah. Firman Allah:
Surah al-Nisa' (4):78

Akhir sekali, pesan untuk diriku sendiri:

Pepatah arab ada menyebutkan, "Segala sesuatu yang pasti akan terjadi, bererti ianya dekat." Kematian itu pula sesuatu yang pasti, maka mati adalah dekat. Malah lebih dekat dari kita mencapai sesuatu sijil, diploma, sarjana, master, PhD. Lebih dekat dari kita berjaya dalam hidup dapat kerja, dapat beli rumah dapat kumpul kekayaan. Malah lebih dekat dari dapat kahwin.

1 comment: