Blogger Layouts

Thursday, 5 January 2012

KERETA BARU

Abu baru saja membeli sebuah kereta baru. Dia sangat menyukai kereta tersebut. Setiap dia memandu kereta itu, dia selalu merasa bahagia dan tidak peduli akan sekelilingnya.

Suatu hari dia sedang dalam perjalanan pulang dari sebuah shopping complex. Abu sangat menikmati saat-saat memandu kereta barunya itu. Sedang asyik-asyiknya mengemudi dia merasa ada yang tidak kena. Seperti ada yang ketinggalan di shopping complex tadi. Dia terus berhenti dan memeriksa semua barangnya. Tetapi tidak ada satu pun yang terlupa.

Setelah yakin bahawa tidak ada yang tertinggal, dia menjalankan keretanya lagi. Beberapa saat selepas itu dia berhenti lagi untuk memeriksa dompet dan henponnya. Ternyata masih ada.

Akhirnya dia merasa bahawa itu hanya perasaannya saja. Dan dia pulang dengan hati tenang. Ketika dia sampai di rumah dia terus disambut oleh anaknya. Tidak lama kemudian anaknya dengan heran bertanya,"Papa...Mama mana?"

No comments:

Post a Comment