Blogger Layouts

Thursday, 5 January 2012

kisah seram!! jangan baca sensorang...

(Seperti yang diceritakan oleh kawan kepada kawan aku ni) Kisah terjadi
sewaktu aku dan Razman dlm perjalanan pulang dari Kelantan ke Kuala
Lumpur. Kereta yang aku pandu meluncur laju merentas highway yg Gua
Musang ketika itu lengang..(Pesanan Penaja: kalau boleh, jgn drive
sorang2 kat area nih!) 

Jam ditangan menunjukkan pukul 9
malam, kami singgah di Perhentian R & R untuk berehat dan makan
malam. Selepas makan kami meneruskan perjalanan yang ternyata masih
jauh lagi. Sepanjang perjalanan, aku lihat Razman kelihatan mendiamkan
diri sahaja. 

Kemudian aku bersuara " eh Man. senyap je..asal? kenyang sangat ke?" 

Razman masih mendiamkan diri... . aku semakin suspen... (kenape dia nih?) kataku dlm hati... 

Razman bersuara secara tiba-tiba... 


" Is,.. kalau aku cerita seram sikit, agaknya2 kau takut tak?" tanya
Razman sambil memalingkan mukanya tepat kearah aku. Serius benar 

wajahnya... dia nih..lain aku tanya..lain pulak dia jawab. 


"Errrr... cerita hantu ke eh..he..he..he... apasal tetiba je nih? citer
lain takde ke? " tanya aku kehairanan, dlm hati cuak jugak. 

" takdelah..cuma, tempat kita berhenti tadi, reminds me abt satu story yg my cousin cerita kat aku dulu... .." jawabnya. 


"oo..kisah benar ke? ermmm.. ok..ok.. citerlah..tak takut.. eh
jap..jap..aku tutup radio" kata aku sambil menekan off pada butang
radio. 

"... tadi kita berhenti kan... ko perasan tak ade satu parking space yg gelap tuh?" 

"OoOooo... ..ok... . .so?" 


" Dulu,.. cousin aku penah cerita,.. dalam pukul 2 pagi mcm tu,adalah
sorang lelaki yg park kereta dia kat situ sbb mengantuk
sangat.Actually, memula dia takut jugak, sbb dia drive sorang2, tapi
masa dia memula park, adalah dlm 2-3 buah kereta lagik kat situ,
so,kira adelah org jugak, takdelah seram sangat. Jadi dia pun
tidolah... 

... ... .. setelah beberapa jam selepas itu,
dia terjaga. Suasan senyap sunyi.. Dia memandang kekiri dan kekanan,
tiada satu orang pun disitu. Ternyatalah tinggal keretanya sahaja yang
berada dikawasan gelap tersebut.." 

Razman bercerita, aku kusyuk mendengarnya. Kemudian Razman menyambung lagi sambil menyalakan sebatang rokoknya. 


" ... Kemudian, setelah mendapati dia tinggal seorang, hati lelaki itu
mula rasa tak sedap, terus dia menghidupkan enjin keretanya. Tetapi
ntah mcm mana, kerana panik yang amat sangat, lelaki ini terasa mahu
membuang air kecil pulak. Walaupun dia cuba memujuk dirinya utk
bertahan hingga ke tempat lain, tetapi ternyata dia mmg tak boleh
tahan... 

Walaupun kakinya terasa berat utk keluar dari
keretanya, tetapi dia gagahi juga... , angin diawal pagi meniup
dingin... ... .terlalu dingin sehinggakan dia berpeluk tubuh. Lelaki
itu kemudian berjalan ke arah tandas yang kurang 10 meter dari
keretanya... .. 

Sedang dia berjalan, dia samar-samar
terdengar bunyi tapak kaki dibelakangnya. Bulu romanya berdiri tegak,
bunyi itu semakin kuat, seakan-akan mengekorinya.Lelaki itu menoleh...
... tapi... .tiada siapa di belakangnya... 

Dia meneruskan perjalanan.. bunyi tapak kaki kedengaran lagi. 

Bunyinya tidak seperti bunyi tapak kaki manusia... .. 

kelekuk... kelekuk... kelekuk... .. 

... seperti kuda. lelaki itu mula panik, terkumat kamit bibir lelaki itu membaca sesuatu... badannya mula seram sejuk... .. 


tiba-tiba..satu gugusan angin tiba-tiba menerpa menghembus ke
mukanya... .bunyi hentakan tapak semakin kuat, lelaki itu memberanikan
diri untuk menoleh belakang sekali lagi. 

Mahunya dia
terpengsan melihat kelibat makhluk berbadan kambing berkepala manusia
dibelakangnya. Makhluk itu semakin mendekatinya... kedengaran dengusan
nafas yg sungguh menggerunkan... . .lutut lelaki itu bergetar... . 

Dengan pandangan yg tajam, makhluk itu membuka mulut dan bersuara,... ... 


DIMANA DIA ANAK KAMBING SAYA... .. ANAK KAMBING SAYA ADA DIDALAM GUA...
.. DIMANA DIA BUAH HATI SAYA... . BUAH HATI SAYA,DAH KAHWIN ORANG
KAYA... ... ... 

ooohhhhhhHHHHH..CHAN MALI CHAN!" CHAN MALI CHAN! CHAN MALI CHAN! CHAN MALI CHAN! KETIPONG PAYONG 





"Oi! Oi!" (ader suara background lagik... ..) 

"CHAN MALI CHAN!" 
"Oi Oi " 
CHAN MALI CHAN! 
KETIPONNNNGGGG PAYONGGGGG... oooOOOOHHHH" 

Everybody!... let's sing together!!!!!!! 
CHAN MALI CHAN 
OI OI 
CHAN MALI CHAN 
OI OI 
CHAN MALI CHAN KETIPONGGGGG 
PAYONG... .. 

Everybody..c'mon!... clap your hand!... 
CHAN MALI CHAN 
OI OI 
CHAN MALI CHAN OI OI 
CHAN MALI CHAN KETIPONGGGGG 
PAYOOOOOONGGGGG!... 


kehkehkeh... . 

No comments:

Post a Comment