Blogger Layouts

Saturday, 7 January 2012

5 kemahiran yang perlu ada pada lelaki


Kemahiran memimpin- Setiap lelaki mesti memiliki kemahiran untuk memimpin walaupun jumlah orang yang dipimpin hanya untuk seorang. Ini adalah kerana ianya merupakan tanggungjawab dan tugas bagi seseorang yangbergelar lelaki. Sekiranya tiada sifat kepimpinan terhadap seseorang lelaki, ia bukan sahaja akan memberikan masalah kepada dirinya malah berkemungkinan terhadap isteri atau anak-anak apabila mereka berkahwin nanti. Pasti orang yang bergantung harap terhadap mereka kehidupannya seperti tiada arah tuju kerana objektif sesuatu isu tidak disampaikan dengan baik. Memimpin juga tidak hanya kepada untuk memberikan arahan, tetapi mereka juga perlu memberikan perlindungan terhadap pimpinan jagaan mereka.
Kemahiran memujuk- Sememangnya ini merupakan kelebihan utama kepada lelaki. Seorang lelaki dilahirkan untuk memujuk dan bukannya dipujuk. Ini adalah kerana hati dan perasaan lelaki sukar untuk terguris berbanding wanita. Ia juga bersesuaian dengan sifat lelaki yang lebih banyak menggunakan pertimbangan akal fikiran berbanding wanita yang lebih kepada emosi. Seorang lelaki yang mempunyai pertimbangan akal fikiran yang baik pasti akan memujuk kerana sekiranya mereka tidak memujuk, ia menunjukkan mereka juga mengutamakan emosi sama dengan sikap wanita.
Kemahiran membuat keputusan- Ada pendapat menyatakan bahawa wanita mampu untuk memberi seribu satu cadangan, pendapat, atau idea mengenai sesuatu isu itu tetapi mereka sukar untuk membuat walaupun hanya untuk satu keputusan. Ini berkemungkinan disebabkan kerana pemikiran antara lelaki dan wanita adalah berbeza. Pemikiran seorang lelaki adalah lebih realistik atau logik berbanding wanita yang terlalu mengikut perasaan. Sekiranya seorang lelaki tidak mampu untuk membuat keputusan untuk dirinya sendiri, bagaimana sekiranya mereka diperlukan untuk membuat keputusan mewakili keluarga mereka nanti.
Kemahiran menyelesaikan masalah- Bayangkan sekiranya lelaki tiada kemahiran untuk menyelesaikan masalah, pasti ianya akan membawa kepada kehidupan yang kucar kacir. Kelebihan yang diberikan kepada lelaki untuk membuat pertimbangan yang lebih baik harus digunakan sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Setiap manusia pasti akan menghadapi masalah di dalam kehidupan mereka, tetapi sekiranya ia di atasi dengan baik, masalah yang dihadapi akan lebih mematangkan seseorang dalam membuat keputusan pada masa hadapan. Seorang lelaki haruslah tidak lebih memikirkan terhadap masalah yang mereka sedang hadapi sebaliknya memikirkan jalan penyelesaian bagi masalah tersebut.
Kemahiran untuk menyampaikan maklumat- Kekeluargaan merupakan suatu organisasi dan lelaki berada pada kedudukan paling tinggi di dalam institusi berkenaan. Sekiranya lelaki tidak dapat menyampaikan sesuatu maklumat dengan baik, bagaimana dengan orang yang dipimpinnya? Pasti mereka akan tercari-cari hala tuju kehidupan mereka. Contoh paling mudah adalah seperti sebuah syarikat. Pihak atasan perlu menyampaikan maklumat dengan baik kepada pekerjanya untuk mencapai objektif syarikat. Sekiranya pekerja tidak memahami mengenai maklumat yang disampaikan, pasti objektif untuk syarikat itu tidak akan tercapai. Begitu juga di dalam institusi kekeluargaan. Pasti tujuan sebenar untuk kehidupan berkeluarga tidak akan tercapai sekiranya lelaki tidak dapat menyampaikan maklumat dengan baik.

No comments:

Post a Comment