Blogger Layouts

Friday, 6 January 2012

5 kelebihan sekiranya anda single


wanita jatuh cintaSudah pasti ada kelebihan dan kekurangan sekiranya anda memilih kehidupan untuk single. Artikel kali ini kami akan menyatakan mengenai kelebihan sekiranya anda single dan kekurangannya pula kami akan sampaikan dalam artikel yang akan datang. Ia terpulang pada diri anda untuk memilih antara salah satu yang dirasakan sesuai. Antara kelebihan utama sekiranya anda single adalah..
(1) Kewangan- Dari segi soal kewangan, sudah pasti kehidupan single adalah lebih menjimatkan. Ini kerana anda hanya perlu memperuntukkan wang hanya untuk diri anda sahaja. Apabila anda memilih untuk berpasangan, pasti akan lebih banyak wang yang perlu dibelanjakan.
(2) Kawan- Apabila anda single, anda sebenarnya bebas dalam untuk berkawan. Ini kerana tiada mana-mana perasaan lain yang akan cemburu sekiranya anda berkawan terutamanya apabila berlainan jantina. Ia pasti akan berbeza sekiranya anda sudah mempunyai pasangan. Pasti pergaulan anda akan sedikit terbatas.
(3) Bebas untuk melakukan apa yang anda mahu- Pasti didalam kehidupan banyak perkara yang anda ingin lakukan. Untuk memudahkan anda melakukan apa sahaja yang anda mahu, memilih kehidupan yang single adalah lebih baik. Ia kerana anda tidak perlu untuk menjaga perasaan pasangan dan hanya fokus untuk lakukan apa yang anda inginkan.
(4) Tidak banyak masalah- Menjaga dua hati yang berlainan pasti akan lebih sukar berbanding menjaga satu hati. Pasti akan wujud pelbagai masalah yang akan merunsingkan anda. Dengan memilih kehidupan yang single, sudah pasti masalah akan berkurangan kerana anda hanya perlu memikirkan mengenai diri anda sahaja.
(5) Kurang tanggungjawab- Apabila anda sudah ada pasangan, pasti tanggungjawab anda juga akan semakin bertambah. Tanggungjawab adalah lebih berat sekiranya anda adalah seorang lelaki, yang wajib untuk melindungi pasangan anda, dari segi soal keselamatan mahupun keselesaan kehidupan mereka.
Sekiranya anda merasakan banyak lagi impian yang anda ingin kejar dan capai, memilih kehidupan single adalah lebih baik. Ia akan memberi kelebihan untuk fokus mencapai impian yang diinginkan. Ianya bergantung terhadap kesesuaian diri anda.

No comments:

Post a Comment