Hanya dengan senyuman sebenarnya mampu untuk membantu mengubah kehidupan seseorang. Senyuman juga adalah merupakan bahagian paling unik yang ada pada diri anda. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, antara rahsia disebalik senyuman adalah..
(1) Membantu memanjangkan hayat seseorang- Berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap 230 orang pemain baseball beberapa tahun yang lepas, penyelidik mendapati bahawa seorang yang mudah senyum kebiasaan hayatnya akan lebih panjang berbanding yang bermuka serius. Situasi ini pula dikaitkan dengan aura positif yang dikeluarkan apabila anda senyum untuk membantu menguatkan lagi fakta ini.
(2) Mempengaruhi minda separa sedar- Penyelidik juga mendapati bahawa dengan senyuman dapat membantu seseorang untuk menukar perkara negatif menjadi satu perkara yang positif. Proses ini berlaku kerana minda separa sedar mereka telah dipengaruhi. Sebagai contoh, satu tugasan yang sukar akan menjadi lebih mudah sekiranya ia cuba diselesaikan berserta senyuman.
(3) Mempengaruhi orang lain- Senyuman bukan sahaja boleh memberi aura positif terhadap diri anda sahaja, malah ia turut mampu untuk mempengaruhi orang lain. Sebagai contoh yang biasa anda lalui, apabila anda senyum terhadap seseorang, kebiasaannya mereka juga akan turut membalas senyuman walaupun ketika itu mereka sedang berada dalam masalah. Ini menunjukkan bahawa mereka sebenarnya telah berjaya dipengaruhi. Untuk beberapa saat ia mampu untuk mengalihkan pemikiran mereka daripada memikirkan mengenai masalah yang sedang dihadapi.
(4) Senyuman tulen dan senyuman palsu- Kebiasaannya, seseorang yang peka terhadap situasi pasti berjaya mengesan samaada senyuman yang diberikan samaada tulen atau palsu. Untuk mengesan senyuman palsu, anda perlu melihat reaksi terhadap matanya. Sekiranya merasakan ianya berlainan, mungkin ia adalah senyuman palsu. Ini berlaku kerana otak sukar untuk menafsirkan dua cas yang berlainan dalam satu masa yang sama. Sebagai contoh, pasti agak sukar untuk anda ketawa ketika anda sedang menangis. Ini berlaku kerana otak mengambil masa untuk menafsirkannya disebabkan oleh cas yang berlainan.
(5) Rawatan muka- Mungkin sudah ramai yang mengetahui bahawa senyuman adalah terapi terbaik untuk awet muda. Ia sememangnya benar dan juga terbukti secara saintifik. Ini berlaku kerana ketika seseorang senyum, ia akan menggerakkan beribu-ribu saraf muka yang dapat membantu untuk penegangan kulit. Ia dapat melambatkan lagi proses untuk kulit anda daripada mengecut atau berkedut.
No comments:
Post a Comment