Kami yakin pasti ramai dikalangan anda, terutamanya lelaki pernah ditolak lamarannya. Ia bukanlah merupakan satu perkara yang asing bagi sesiapa sahaja yang bergelar manusia. Penolakan terhadap sesuatu lamaran itu adalah perkara yang tidak terlalu penting, apa yang lebih penting adalah tentang bagaimana cara anda menghadapinya.
Adakah selepas lamaran anda ditolak meninggalkan kesan yang mendalam terhadap anda? Adakah anda telah phobia untuk mencubanya kali kedua? Sekiranya ya, munkin kerana anda tidak mengatasinya dangan cara yang betul. Cara untuk anda menghadapi sekiranya lamaran anda ditolak adalah dengan..
(1) Jangan meletakkan harapan terlalu tinggi- Lamaran boleh disamaertikan seperti permohonan untuk memenuhi satu-satu tujuan. Sekiranya ia dinamakan permohonan, ia bermakna anda perlu bersedia untuk menerima apa-apa jawapan daripada pihak terbabit samaada positif ataupun negatif. Pastikan anda bersedia untuk bersikap lebih terbuka. Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda mengelami kekecewaan yang melampau. Jangan sesekali membiarkan faktor ini mempengaruhi keyakinan diri anda.
(2) Pandang daripada perspektif yang berbeza- Apabila lamaran anda ditolak dan anda terus meratapinya, ia sebenarnya akan terus mempengaruhi untuk mengurangkan keyakinan diri seseorang. Anda sepatutnya perlu untuk melihat sesuatu perkara itu dari sudut pandang yang berlainan. Sebagai contoh, sekiranya lamaran anda ditolak oleh seorang gadis, anda perlu juga memikirkan bahawa berapa ramai lagi wanita lain yang wujud dimuka bumi ini. Mungkin anda akan gagal untuk kali pertama, kedua, atau ketiga tetapi mungkin tidak untuk kali yang berikutnya selagi anda tidak berputus asa. Begitu juga sekiranya anda merasakan seseorang wanita itu baik, berapa ramai lagi wanita yang baik didunia? merasakan wanita itu cantik? betapa ramai lagi wanita cantik didunia? dan seterusnya.
(3) Rasional- Sekiranya anda mampu untuk berfikiran rasional apabila lamaran anda ditolak, anda adalah merupakan seorang yang bijak didunia ini. Ini sebenarnya adalah untuk mengelakkan anda daripada melakukan sesuatu perkara yang diluar kawalan. Jangan sesekali membiarkan diri anda berada didalam situasi ini. Pertimbangkan perkara itu dengan baik. Sekiranya anda merasakan mungkin anda telah melakukan kesilapan, berusaha untuk memperbaikinya. Sekiranya anda merasakan wanita tersebut kurang bijak apabila menolak lamaran anda, buktikan kepada mereka dengan kejayaan anda. Apabila anda mampu untuk bersikap seperti ini, pasti tiada halangan untuk anda mencapai apa yang diinginkan.
pesanan kami, sekiranya lamaran anda telah ditolak, jangan berlengah untuk kali keduanya. Cukup anda menitiskan air mata untuk sejam, bukan untuk berminggu-minggu lamanya :p
No comments:
Post a Comment