Blogger Layouts

Saturday, 7 January 2012

5 cara bagaimana anda hendak mengesan penipuan


  1. Anda diminta untuk melaburkan ke dalam apa jua jenis skim yang menjanjikan pulangan yang lumayan atau kadang-kala pulangan yang memang tidak logik sekalipun.
  2. Sesebuah company yang menjual barangan atau servis tidak sah dan bergantung terhadap penajaan orang bawahan anda.
  3. Anda diberitahu bahawa anda telah memenangi sesebuah pertandingan tetapi pertandingan itu anda tidak pernah sertai sekalipun atau anda diberitahu oleh seseorang yang tidak dikenali bahawa anda adalah seorang pewaris dan anda dikehendaki untuk pergi ke suatu negara yang jauh dari negara asal anda untuk menuntut harta itu.
  4. Anda diberitahu bahawa anda telah memenangi sesebuah pertandingan dan dikehendaki untuk membeli sesuatu jenis produk untuk malayakkan anda memenangi hadiah itu.
  5. Anda diminta untuk membayar yuran latihan sebagai pelaburan kepada guru yang akan mengajar anda bagaimana untuk memenangi sesuatu perdagangan.

No comments:

Post a Comment