Blogger Layouts

Friday, 6 January 2012

Puisi buat kakak yang tersayang

kakaku hanya ada seorang di dunia,
dialah yang selalu aku rindui,
dialah yang terhebat di hatiku,
dikala aku ketawa; dia turut ketawa,
dikala aku sedih; dia cuba menggembirakan hatiku,
dikala aku menderita; dia berikan aku kata-kata azimat,
kata-katanya selalu membuatku menangis.

aku ceritakan segala derita hidupku, 
agar dia dapat memberi nasihat,
aku ceritakan semuanya sebab,
aku percaya pada dia,
aku tahu dia sayang padaku,
aku tahu dia mahu yang terbaik buat diriku,
aku tahu nasihat dia sentiasa terpahat dihatiku,
aku selalu ingin mendengar kata-kata azimat dia,
kerana kata-kata dia sering aku rindui.

aku takut suatu hari nanti,
ada berita yang menyatakan,
kakak yang ku sayangi,
pergi meninggalkan diriku,
aku tabahkan hatiku diatas pemergian dia,
tapi aku gagal mengawal emosiku,
air mata terus mengalir tanpa henti,
jangan tinggalkan diriku,
kerana aku masih dahagakan kata-kata azimatmu,
I LOVE YOU KAKAK.

No comments:

Post a Comment