Blogger Layouts

Saturday, 7 January 2012

5 cara bagaimana untuk mengawal perasaan cemburu


Mengenalpasti- Anda harus mengenalpasti apakah punca yang membuatkan anda cemburu. Kemudian luangkan sedikit masa untuk menilai hubungan sebelumnya. Tanyakan kepada diri sendiri apa yang salah dan apa yang benar. Barulah anda memikirkan sama ada anda perlu cemburu atau tidak. Perasaan cemburu amat penting dalam perhubungan tetapi sekiranya ia tidak di kawal dengan baik, ia akan menyebabkan sesuatu hubungan itu akan terputus. Sebelum menunjukkan perasaan cemburu anda terhadap seseorang, anda perlu tahu adakah perasaan cemburu itu akan mengeratkan lagi sesuatu hubungan ataupun sebaliknya. Jangan disebabkan kesalahan lampau yang telah dilakukan pasangan mempengaruhi perasaan cemburu anda.
Cuba memahami situasi- Anda tidak boleh melihat sesuatu situasi itu dari pandangan pihak anda sahaja. Lihatlah situasi itu dari sudut pandangan luar.  Cuba untuk menempatkan diri anda pada kedudukan pasangan anda dan memahami bagaimana dia melihat situasi itu. Ataupun anda boleh  tanyakan pada pihak neutral mengenai pandangan mereka. Dan ini akan mengelakkan anda daripada berada dalam situasi yang sukar serta dapat membantu untuk membuat keputusan yang sewajarnya.
Fokus- Anda sepatutnya lebih fokus untuk memikirkan mengenai realiti sesuatu situasi itu berbanding daripada memikirkan pelbagai andaian yang bermain-main di fikiran anda. Ketika cemburu menguasai fikiran, kebiasaannya pelbagai imaginasi negatif akan terlintas di fikiran seseorang. Anda dinasihatkan untuk bertenang dan melihat sesuatu situasi itu berdasarkan fakta dan bukannya perasaan. Adakah sesuatu situasi itu benar-benar berlaku atau hanya imaginasi anda sahaja??  Hanya fokus dapat membantu anda daripada terus membuat pelbagai andaian.
Perbincangan- Perbincangan adalah cara terbaik untuk mengawal perasaan cemburu. Pasangan dinasihat untuk menetapkan had komunikasi antara satu sama lain. Ini akan dapat membantu pasangan anda untuk mengetahui batas-batas pergaulan dengan pihak lain dan dapat mengelakkan anda daripada berperasaan cemburu. Dengan cara itu, ketika salah seorang daripada anda melanggar peraturan, ada alasan untuk anda berasa cemburu. Hujah anda boleh berdasarkan realiti dan bukannya imaginasi.
Berfikiran positif- Sekiranya seseorang itu sentiasa berfikiran positif, masalah perasaan cemburu itu dapat di atasi. Tetapi pasangan haruslah untuk tidak mempergunakan kepercayaan yang anda telah berikan. Sekiranya sekali kepercayaan itu telah disalahguna, kemungkinan perasaan cemburu itu akan menjadi semakin tebal di dalam diri seseorang. Lebih teruk lagi jika sedikit kepercayaan pun tidak diletakkan terhadap pasangan. Gunakanlah kepercayaan yang diberikan dengan sebaik mungkin dan ini secara tidak langsung akan dapat mengawal perasaan cemburu anda.

No comments:

Post a Comment