Saya tidak percayakan awak- Dalam keadaan bergurau ia mungkin kelihatan seperti perhubungan yang manja atau nakal untuk pasangan itu. Dan ia tidak melibatkan soal perasaan dan dianggap hanya gurauan. Tetapi ia akan menjadi masalah besar sekiranya anda mengucapkannya dalam situasi yang serius seperti bergaduh, percanggahan pendapat dan sebagainya. Ini adalah kerana didalam sesuatu perhubungan perkara paling penting adalah kepercayaan dan kejujuran. Sekiranya ianya tiada hubungan tidak akan bermakna.
Semua lelaki sama- Jangan sesekali membuat kesimpulan awal bahawa semua lelaki adalah sama hanya kerana telah beberapa kali dikecewakan. Anda juga mungkin akan kehilangan seorang lelaki baik yang betul-betul ikhlas untuk menjaga anda. Beri peluang kepada seseorang terlebih dahulu kemudian baru nilai bagaimana sifatnya. Penilaian anda haruslah berbentuk individu dan bukannya merujuk kepada semua lelaki.
Man tidak pernah buat begitu- Ia bukan sahaja untuk man, tetapi untuk zainal, imi, fauzi dan sebagainya. Ianya mengikut nama bekas kekasih masing-masing. Jangan sesekali membandingkan apa-apa pasangan anda telah lakukan dengan bekas kekasih anda yang terdahulu. Ianya akan hanya menimbulkan curiga terhadap pasangan dan akan mempengaruhi mereka untuk meninggalkan anda.
Awak dengan keluarga awak sama je- Sekiranya bergaduh jangan sesekali cuba untuk melibatkan orang luar terutamanya keluarga. Ini adalah kerana institusi kekeluargaan adalah sesuatu yang dihormati. Walaupun abang atau ahli keluarga pasangan anda adalah seorang perompak, penagih dadah atau sebagainya, jangan sesekali melibatkan mereka sekiranya anda bergaduh. Ia menunjukkan kurangnya rasa hormat di dalam perhubungan. Pada kebiasaannya kenyataan ini akan menyebabkan perpisahan.
Awak tidak berguna di bilik tidur- Untuk pasangan yang sudah berkahwin, jangan sesekali mengucapkan kenyataan ini terhadap pasangan anda. Ia akan memberi kesan yang amat mendalam terhadap pasangan. Segala masalah elok diselesaikan dengan perbincangan terutamanya masalah yang melibatkan hubungan intim. Anda juga dinasihatkan untuk tidak merahsiakannya kerana ia juga akan mengundang masalah pada masa hadapan. Penyelesaian melalui perbincangan merupakan jalan terbaik.
No comments:
Post a Comment