Blogger Layouts

Friday, 27 January 2012

" Selamat Tinggal "



لا اله الا الله ، محمد رسول الله
Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.
Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

23 SEPTEMBER 2011


11"Selamat Tinggal"

Share
"...Permintaan terakhirku..jgn kau lafazkan..walaupun seketika, walaupun sekelip mata..simpan saja kata-kata, ke akhir hayat yang ada.."
"Hai diriku, kematian akan menceraikan dikau dengan orang yang kau cintai." - Siapakah Aku, Nora,1989.
"Perpisahan bernama kematian amat tidak digemari oleh sesiapa pun. Namun kematian itu hak ALLAH. DIA yang menghidupkan dan DIA jualah yang berkuasa mematikan." - Bagaikan Puteri, Ramlee Awg Murshid.
Kematian adalah kepastian. "Merasai Mati" diulang hampir 5 kali dalam al-Quran. Firman Allah:
Surah Al-Anbiya' (21):35

Tiada siapa dapat lepas dari kematian. Manusia pasti mati dan tidak kekal abadi di dunia.
Firman Allah lagi:


Surah Al-Anbiya' (21):34

Kita tiada daya upaya menunda, mendahulukan, atau melewatkankematian. Firman Allah lagi:

Surah al-A'raf (7):34

Takut mati bukan dari ajaran agama Islam. Islam menyarankan umatnyabersedia untuk mati. Bukan lari darinya. Firman Allah:

Surah al-Jumu'a (62):8

Cubalah lari, mati pasti akan mendapatkanmu. Cubalah. Firman Allah:
Surah al-Nisa' (4):78

Akhir sekali, pesan untuk diriku sendiri:

Pepatah arab ada menyebutkan, "Segala sesuatu yang pasti akan terjadi, bererti ianya dekat." Kematian itu pula sesuatu yang pasti, maka mati adalah dekat. Malah lebih dekat dari kita mencapai sesuatu sijil, diploma, sarjana, master, PhD. Lebih dekat dari kita berjaya dalam hidup dapat kerja, dapat beli rumah dapat kumpul kekayaan. Malah lebih dekat dari dapat kahwin.

Thursday, 26 January 2012

YA ALLAH BERI KAN LAH KU KEKUATAN



Terasa sejak kebelakangan ini,,diri telah banyak berubah..berubah dari semua aspek..dulu seorang yang sangat ceria dan sentiasa ketawa riang..namun..pada masa kini..ketika ini,diri tidak seperti dulu..terasa diri banyak dosa..terasa diri ingin kembali sahaja kepada MAHA PENCIPTA..terasa diri ingin menagis sepenuhnya...Ya allah,terasa diri ini terlalu banyak kekurangan hinggakan diri ini menjadi senyap sepi..ku menangis sepenuhnya..terasa air mata sentiasa mengalir setiap masa tanpa mengira jam,minit dan saat...mengalir..dan terus mengalir..

baru aten sedar hidup ini memerlukan sepenuhnya pengorbanan yang sangat tinggi dalam medan dakwah..tapi kadang2 aten masih terfikir..kenapa terlalu banyak yang masih mengambil ringan memikirkan masalah UMAT!!!.ramai di kalangan akhwat yang memang lama di medan tarbiyah..namun bila membincangkan MASALAH UMAT..MASIH ADA PERASAAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI...mana tidak..masih mampu ketawa riang dan ketawa kegembiran dan mengambil ringan untuk MEMIKIRKAN MASALAH UMAT..inikah yang rasulullah didik kita bila syuro berjalan...malu rasanya bila rasulullah nampak umatnya seperti ini..ana menangis..menangis sepenuhnya....kenapa masih ada perasaan sedemikian dalam diri seorang perjuang..ana terasa malu pada diri sendiri..bila melihat perkara ini..ana sedar ana tidak layak untuk mengetakan sedemikian..cuma kadang2 ana rasa terkilan dengan situasi sedimikian...Ya allah,bantulah hamba mu ini dan berikan kami kekuatan sepenuhnya...

semakin kita lama ditarbiyah,semakin kita rasa kita,,,YA,I'M THE BEST...MURABIYYAH SUCCESS!! Tapi,tanpa kita sedari kita lah murabiyyah yang punya banyak beri alasan..yang dimane kita masih ada perasan pentingkan diri sendiri..kita ada perasan cintakan dunia..kita masih ketawa riang dalam memikirkan masalah umat...INI KAH KITA SEBENARNYA????

ya allah,,hindirkan sifat2 sedemikian dalam diri ini ya allah..berilah aten kekuatan dalam mengadapi pelbagai cabaran dalam hidup ini...berikan aten Jalan yang sebenarnya..jalan para syuhada dalam melontarkan DARAH2 diri dalam medan perjuangan ini....

Wednesday, 25 January 2012

KAU TETAP DI HATIKU



Setiap detik masa yang berlalu ,
setiap denyut nadi dan jantungku ,
setiap langkah ku..setiap nafas ku...
Tidak tergambar,
tidak terlafaz hati ini,
bahkan tidak terkata,
betapa rindunya hati ini padamu,
betapa cintanya diri ini padamu,
Namun, kekadang ku terfikir,
tatkala ku rasa sedemikian,
benarkah diri ku ini sedang dilamun cinta pada mu,
kerna aku sedar dan akui akan diriku,
soal amalanku, ibadatku, dan fikirku,
jauh sama sekali seperti para sahabat yang mengakui kecintaan kepada mu,
sama seperti pengakuanku ketika ini,

Teringat akan semalam mu berjumpa dengan abang ku untuk meminta izin meminang ku. .ku rasa bahagia sangat walaupun itu semua itu hanya dalam alam fantasi. .ku berkata ku amat menyayangi ku, ku tidak akan meninggalkan ku walau pape pun yg terjadi. .mu jua suruh ku berjanji supaya jangan meninggalkan mu walau pape pun terjadi. .mu berjanji akan call ku bila mu buy fon baru, mu akan call ku setiap malam. .mu selalu ingatkan ku supaya tidak tanggalkan solat. .mu selalu memberitahu ku bahawa mu amat menyayangi ku gan ira. .ku percaya mu adil dan setia kepada ku dan ira. .pergi la sayang. .ku akan sentiasa ingat akan diri mu. .mu setiasa kekal di hati ku. .ku berjanji tidak akan melupakan mu. .ku janji akan kuat seperti permintaan mu semalam. .ku akan sentiasa mengingati pesanan mu. .terima kasih sayang kerana meninggalkan kenangan manis mu bersama ku sebelum mu meninggalkan mu. .Kian hari,tidak pernah melupakanmu. .mu sentiasa di hati dan ingatan ku .

Ya ALLAH, ku doa untuknya kekasih hati ku..
agar hati ini sentiasa ikhlas membenarkan dia menyaut seruan MU ALLAH,
dan aku sangat berharap untuk menatap wajahnya kekasihku yang mulia,
ku tahu ku di dunia ku tiada peluang lagi, tetapi mungkin di akhirat kelak ku berpeluang menemuinya. .MUNGKIN DAN KU BERHARAP SANGAT DAPAT MENEMUINYA..

Ya Allah..bersihkan jiwaku dari mencintai perkara maksiat,krniakanlah daku keampunanMu Ya Allah, sesungguhnya aku yakin akan luasnya pintu pengampunanMu Ya Allah...

Temukanlah daku dengan kekasihku di akhirat kelak...tanamkanlah kecintaanku yang mendalam padanya serta kenangan yang dibawanya....
berikan la ku kekuatan YA ALLAH
tempatkan la kekasihku di samping orang-orang yang beriman dan di kasihi oleh MU YA ALLAH
ameen ya rabbal a'lamin...

Sunday, 15 January 2012

Hantaran Untuk Majlis Pertunangan


pertunangan Hantaran Untuk Majlis Pertunangan
Mengikut adat Melayu, barang hantaran hendaklah diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan hendaklah lebih sikit daripada pihak lelaki. Misalnya 5-7, 7-9 dan 9-11. Tetapi untuk majlis pertunangan, biasanya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang).
Seterusnya, fikirkan bajet yang anda sudah simpan untuk membeli barang2 hantaran pertunangan ini. Untuk majlis bertunang, kita tak digalakkan untuk membeli barang-barang hantaran yang terlalu mahal. Cukuplah sekadar membeli barang-barang yang kita akan guna atau yang kita akan pakai semasa majlis perkahwinan nanti. Bagi lelaki misalnya, mungkin RM1000 sudah cukup untuk dijadikan ‘modal’ pertunangan.
Sebelum memilih barang-barang hantaran, anda kenalah mengambil kira adat di negeri masing-masing juga. Kerana setiap negeri ada adatnya sendiri. Misalnya jika di pantai Timur, pihak perempuan akan menerima 2 jenis cincin iaitu cincin merisik dan bertunang jika kedua-dua majlis tersebut digabungkan sekali. Manakala jika di negeri lain pula, cincin merisik mungkin tidak perlu. Jadi, bakal pengantin kenalah berbincang dengan ibu bapa masing-masing terlebih dahulu sebelum memilih barang-barang hantaran.
Berikut disenaraikan hantaran barang-barang yang biasa dan sesuai dijadikan hantaran pertunangan bagi pihak perempuan:
1.Sirih junjung
2.Baju Melayu / baju kemeja / t-shirt
3.Tali pinggang dan wallet (pilih yang dijual satu set – siap dengan kotaknya sekali)
4.Kain songket
5.Sejadah
6.Tuala
7.Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb
8.Coklat atau manisan lain
9.Kek
10.Potpourri
11.Buah-buahan
Di bawah ini pula senarai barang hantaran bagi pihak lelaki:
1.Cincin bertunang (biasanya cincin belah rotan)
2.Tepak sirih
3.Kain sepersalinan (atau baju yang telah siap dijahit)
4.Telekung sembahyang
5.Kek
6.Buah
7.Coklat atau manisan lain
8.Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb
Di harap anda telah mendapat sedikit idea dalam memilih barang-barang untuk majlis pertunangan anda kelak!

Saturday, 7 January 2012

5 cara bagaimana anda hendak mengesan penipuan


  1. Anda diminta untuk melaburkan ke dalam apa jua jenis skim yang menjanjikan pulangan yang lumayan atau kadang-kala pulangan yang memang tidak logik sekalipun.
  2. Sesebuah company yang menjual barangan atau servis tidak sah dan bergantung terhadap penajaan orang bawahan anda.
  3. Anda diberitahu bahawa anda telah memenangi sesebuah pertandingan tetapi pertandingan itu anda tidak pernah sertai sekalipun atau anda diberitahu oleh seseorang yang tidak dikenali bahawa anda adalah seorang pewaris dan anda dikehendaki untuk pergi ke suatu negara yang jauh dari negara asal anda untuk menuntut harta itu.
  4. Anda diberitahu bahawa anda telah memenangi sesebuah pertandingan dan dikehendaki untuk membeli sesuatu jenis produk untuk malayakkan anda memenangi hadiah itu.
  5. Anda diminta untuk membayar yuran latihan sebagai pelaburan kepada guru yang akan mengajar anda bagaimana untuk memenangi sesuatu perdagangan.

5 cara untuk mendapatkan tidur yang secukupnya


Letak telefon  anda di Ruang Tamu- Sekiranya anda terlalu banyak memiliki barangan  berunsur teknologi di bilik tidur, ia secara tidak langsung akan mempengaruhi fikiran anda untuk memikirkan mengenai produktiviti dan bukannya untuk merehatkan minda. Anda perlu menetapkan fikiran bahawa ditempat tidur hanyalah untuk tidur dan bukannya untuk memikirkan mengenai masalah lain.  Sekiranya anda mengalami kesukaran untuk meletakkan telefon di ruang tamu, anda juga boleh menggunakan inisiatif lain dengan menetapkan mode senyap pada telefon anda. Segala urusan anda boleh uruskan pada keesokan paginya.
Elakkan daripada mengambil kafein- Kandungan  kafein boleh membuatkan anda sukar untuk tidur. Kesan daripada kafein yang anda ambil berkemungkinan akan menjadi lebih lama daripada apa yang anda jangkakan. Pada kebiasaannya, kesan kafein dirasai selama lapan jam sebelum kesannya hilang daripada tubuh anda. Sekiranya anda meminum kopi pada waktu petang dan menghadapi kesukaran untuk tidur pada sebelah malam, berkemungkinan ia adalah kesan kafein yang anda ambil pada petang tadi. Merancang masa untuk pengambilan kafein berkemungkinan akan membantu anda tidur dengan lebih mudah.
Jauhkan haiwan peliharaan dari tempat tidur- Adakah anda tidur bersama haiwan kesayangan anda? Ini juga boleh menyebabkan anda mendapat tidur yang tidak cukup berkemungkinan disebabkan alahan atau pergerakan yang dilakukan oleh haiwan peliharaan. Anda dinasihatkan untuk meletakkan haiwan peliharaan anda di luar bilik tidur anda untuk membolehkan anda mendapat rehat yang secukupnya.
Pastikan bilik tidur anda dalam keadaan tenang, gelap, dan selesa- Bagi sesetengah orang, pergerakan, cahaya atau bunyi yang sedikit pun mampu untuk membuatnya terjaga.  Anda dinasihat untuk menggunakan penutup telinga, langsir, penghawa dingin atau sebagainya untuk mencipta persekitaran tidur yang ideal. Sekiranya anda mahu terjaga pada waktu tengah malam, anda dinasihat untuk membuka lampu yang lebih kecil dan malap, dan bukannya dengan membiarkan lampu asal bilik anda menyala. Suhu bilik yang paling sesuai untuk anda tidur adalah sekitar 20 hingga 22 darjah celcius.
Elakkan tidur siang- Tidur pada siang hari hanya akan membuatkan keadaan menjadi lebih buruk jika anda biasanya memiliki masalah tidur. Sekiranya anda mahu tidur pada siang hari, anda dinasihat untuk menetapkan dalam masa yang pendek iaitu sekitar 15 hingga ke 30 minit sahaja. Di bawah ini akan dinyatakan masa tidur yang paling sesuai untuk setiap peringkat umur tetapi ianya juga bergantung kepada keperluan seseorang itu untuk mendapatkan rehat yang secukupnya.
Bayi yang baru lahir : 18 jam (+)
1–12 bulan : 14–18 jam
1–3 tahun : 12–15 jam
3–5 tahun : 11–13 jam
5–12 tahun : 9–11 jam
Remaja : 7–10 jam (bergantung terhadap tahap keaktifan seseorang remaja)
Orang dewasa : 7–8 jam (+)
Wanita mengandung : 8 jam (+)

5 cara bagaimana untuk mengawal perasaan cemburu


Mengenalpasti- Anda harus mengenalpasti apakah punca yang membuatkan anda cemburu. Kemudian luangkan sedikit masa untuk menilai hubungan sebelumnya. Tanyakan kepada diri sendiri apa yang salah dan apa yang benar. Barulah anda memikirkan sama ada anda perlu cemburu atau tidak. Perasaan cemburu amat penting dalam perhubungan tetapi sekiranya ia tidak di kawal dengan baik, ia akan menyebabkan sesuatu hubungan itu akan terputus. Sebelum menunjukkan perasaan cemburu anda terhadap seseorang, anda perlu tahu adakah perasaan cemburu itu akan mengeratkan lagi sesuatu hubungan ataupun sebaliknya. Jangan disebabkan kesalahan lampau yang telah dilakukan pasangan mempengaruhi perasaan cemburu anda.
Cuba memahami situasi- Anda tidak boleh melihat sesuatu situasi itu dari pandangan pihak anda sahaja. Lihatlah situasi itu dari sudut pandangan luar.  Cuba untuk menempatkan diri anda pada kedudukan pasangan anda dan memahami bagaimana dia melihat situasi itu. Ataupun anda boleh  tanyakan pada pihak neutral mengenai pandangan mereka. Dan ini akan mengelakkan anda daripada berada dalam situasi yang sukar serta dapat membantu untuk membuat keputusan yang sewajarnya.
Fokus- Anda sepatutnya lebih fokus untuk memikirkan mengenai realiti sesuatu situasi itu berbanding daripada memikirkan pelbagai andaian yang bermain-main di fikiran anda. Ketika cemburu menguasai fikiran, kebiasaannya pelbagai imaginasi negatif akan terlintas di fikiran seseorang. Anda dinasihatkan untuk bertenang dan melihat sesuatu situasi itu berdasarkan fakta dan bukannya perasaan. Adakah sesuatu situasi itu benar-benar berlaku atau hanya imaginasi anda sahaja??  Hanya fokus dapat membantu anda daripada terus membuat pelbagai andaian.
Perbincangan- Perbincangan adalah cara terbaik untuk mengawal perasaan cemburu. Pasangan dinasihat untuk menetapkan had komunikasi antara satu sama lain. Ini akan dapat membantu pasangan anda untuk mengetahui batas-batas pergaulan dengan pihak lain dan dapat mengelakkan anda daripada berperasaan cemburu. Dengan cara itu, ketika salah seorang daripada anda melanggar peraturan, ada alasan untuk anda berasa cemburu. Hujah anda boleh berdasarkan realiti dan bukannya imaginasi.
Berfikiran positif- Sekiranya seseorang itu sentiasa berfikiran positif, masalah perasaan cemburu itu dapat di atasi. Tetapi pasangan haruslah untuk tidak mempergunakan kepercayaan yang anda telah berikan. Sekiranya sekali kepercayaan itu telah disalahguna, kemungkinan perasaan cemburu itu akan menjadi semakin tebal di dalam diri seseorang. Lebih teruk lagi jika sedikit kepercayaan pun tidak diletakkan terhadap pasangan. Gunakanlah kepercayaan yang diberikan dengan sebaik mungkin dan ini secara tidak langsung akan dapat mengawal perasaan cemburu anda.

5 petunjuk adakah anda sudah berjumpa pasangan yang bersesuaian


Persamaan- Pasti setiap pasangan merasakan mereka adalah pasangan yang sesuai kerana memiliki persamaan yang terlalu banyak. Tidak kiralah samaada persamaan itu terhadap cara hidup, perbelanjaan, pemikiran atau sebagainya. Tetapi menurut kajian daripada Sam R. Hamburg, Ph.D., penulis  Will Our Love Last?, sekiranya terdapat banyak ketidaksamaan/kontra antara sesebuah pasangan itu adalah lebih baik kerana ia merupakan fitrah manusia yang saling melengkapi. Tetapi kajian ini tiada bukti yang kukuh dan ini hanyalah rumusan yang dibuat oleh beliau.
Kami- Seorang pasangan yang sesuai juga selalu menggunakan istilah “kami”. Istilah kami yang dimaksudkan adalah mengenai perkongsian masalah, kegembiraan, kesedihan dan sebagainya bersama pasangan. Sekiranya salah seorang daripada pasangan masih memikirkan mengenai kepentingan peribadi atau kehidupan secara individu, berkemungkinan mereka belum sesuai untuk hidup berpasangan. Tetapi mungkin tidak kesemua isu perlu diberitahu kepada pasangan. Sekiranya sesuatu isu itu akan menambahkan lagi masalah dalam perhubungan, eloklah dirahsiakan. Ianya bergantung terhadap pemikiran, perwatakan, sikap dan cara seseorang dalam mengendalikan masalah.
Masalah- Setiap pasangan pasti akan dilanda masalah. Mungkin akan menyebabkan mereka bergaduh dan sebagainya. Apa yang ingin disampaikan bukanlah mengenai masalah. Tetapi cara kepada penyelesaian masalah itu. Adakah sukar untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu bersama pasangan. Masa untuk menyelesaikan sesuatu masalah tidak lah berapa penting kerana ianya bergantung terhadap keseriusan sesuatu masalah, cara mengendalikannya dan sebagainya. Tetapi sekiranya dirasakan terlalu sukar untuk menyelesaikan sesuatu masalah kerana tiada kerjasama di antara kedua-dua belah pihak, mungkin mereka merupakan pasangan yang tidak sesuai.
Keluarga- Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa samaada keluarga suka atau tidak adalah tidak penting, asalkan mereka saling menyayangi. Ianya mungkin benar dan mungkin salah kerana tiada bukti kukuh menyatakan bahawa setiap pasangan yang di halang keluarga akan hidup tidak bahagia, atau setiap pasangan yang direstui akan hidup bahagia. Ianya bergantung kepada diri masing-masing. Tetapi apa yang penting adalah usaha untuk memikat hati keluarga masing-masing. Sekiranya hanya dibiarkan dan tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan kepada keluarga bahawa mereka sudah betul-betul bersedia untuk menjadi pasangan, itu salah satu petunjuk bahawa mereka masih bersikap mementingkan  diri sendiri/individu.
Perbincangan- Pasangan yang sesuai amat sukakan perbincangan. Ini adalah kerana ianya cara tebaik untuk mencapai sesuatu keputusan tanpa berat sebelah. Sesuatu keputusan yang berat sebelah akan menimbulkan pelbagai masalah dan ianya merupakan petunjuk awal bahawa seseorang itu tidak menghargai dalam kehidupan berpasangan. Tolak ansur juga amat diutamakan dalam perbincangan. Sekiranya hanya berbincang tetapi amat sukar untuk mendapat keputusan bersama, ia mungkin juga menunjukkan anda pasangan yang tidak bersesuaian. Cara komunikasi dalam perbincangan adalah amat penting dan ianya haruslah tidak untuk bersifat peribadi.

5 kenyataan yang boleh merosakkan hubungan anda


Saya tidak percayakan awak- Dalam keadaan bergurau ia mungkin kelihatan seperti perhubungan yang manja atau nakal untuk pasangan itu. Dan ia tidak melibatkan soal perasaan dan dianggap hanya gurauan. Tetapi ia akan menjadi masalah besar sekiranya anda mengucapkannya dalam situasi yang serius seperti bergaduh, percanggahan pendapat dan sebagainya. Ini adalah kerana didalam sesuatu perhubungan perkara paling penting adalah kepercayaan dan kejujuran. Sekiranya ianya tiada hubungan tidak akan bermakna.
Semua lelaki sama- Jangan sesekali membuat kesimpulan awal bahawa semua lelaki adalah sama hanya kerana telah beberapa kali dikecewakan. Anda juga mungkin akan kehilangan seorang lelaki baik yang betul-betul ikhlas untuk menjaga anda. Beri peluang kepada seseorang terlebih dahulu kemudian baru nilai bagaimana sifatnya. Penilaian anda haruslah berbentuk individu dan bukannya merujuk kepada semua lelaki.
Man tidak pernah buat begitu- Ia bukan sahaja untuk man, tetapi untuk zainal, imi, fauzi dan sebagainya. Ianya mengikut nama bekas kekasih masing-masing. Jangan sesekali membandingkan apa-apa pasangan anda telah lakukan dengan bekas kekasih anda yang terdahulu. Ianya akan hanya menimbulkan curiga terhadap pasangan dan akan mempengaruhi mereka untuk meninggalkan anda.
Awak dengan keluarga awak sama je- Sekiranya bergaduh jangan sesekali cuba untuk melibatkan orang luar terutamanya keluarga. Ini adalah kerana institusi kekeluargaan adalah sesuatu yang dihormati. Walaupun abang atau ahli keluarga pasangan anda adalah seorang perompak, penagih dadah atau sebagainya, jangan sesekali melibatkan mereka sekiranya anda bergaduh. Ia menunjukkan kurangnya rasa hormat di dalam perhubungan. Pada kebiasaannya kenyataan ini akan menyebabkan perpisahan.
Awak tidak berguna di bilik tidur- Untuk pasangan yang sudah berkahwin, jangan sesekali mengucapkan kenyataan ini terhadap pasangan anda. Ia akan memberi kesan yang amat mendalam terhadap pasangan. Segala masalah elok diselesaikan dengan perbincangan terutamanya masalah yang melibatkan hubungan intim. Anda juga dinasihatkan untuk tidak merahsiakannya kerana ia juga akan mengundang masalah pada masa hadapan. Penyelesaian melalui perbincangan merupakan jalan terbaik.