Blogger Layouts

Friday 6 January 2012

5 sebab mengapa hero sejati akan muncul pada saat akhir


Adakah anda sedar bahawa cinta pertama adalah satu perkara yang amat sukar untuk dipertahankan? Mengapakah anda perlu melalui hubungan dengan beberapa orang lelaki terlebih dahulu sebelum anda berjaya untuk mengenali hero sebenar anda? Untuk wanita sila beri perhatian kerana kami ada jawapannya. he.. :)
(1) Kebiasaannya, keputusan untuk menjalinkan hubungan cinta pertama didorong oleh perasaan ingin tahu yang muncul dalam diri. Ia lebih dipengaruhi oleh faktor hiburan berbanding sifat, tingkahlaku, kerjaya seseorang lelaki tersebut.
(2) Apabila seseorang wanita telah membuat kesalahan yang salah dengan mengenali lelaki yang tidak bersesuaian dengan mereka, pada masa akan datang mereka akan lebih mengetahui ciri-ciri jejaka pilihan mereka.
(3) Pemikiran manusia akan sentiasa berkembang. Wanita kebiasaannya akan lebih memikirkan mengenai soal masa hadapan mereka apabila usia mereka semakin meningkat. Lelaki yang tidak mempunyai masa depan akan ditinggalkan dan akan muncullah hero sejati mereka. (pesanan kepada lelaki, lebih baik anda memfokuskan terhadap masa hadapan anda terlebih dahulu :) )
(4) Hero sejati juga bermakna seorang lelaki yang sudah mempunyai kestabilan ekonomi yang kukuh. Sekiranya seseorang lelaki tersebut masih belum mempunyai kewangan yang stabil, mereka sebenarnya masih belum bersedia untuk menjadi hero sebenar anda.
(5) Sekiranya anda tergesa-gesa dalam memilih pasangan, anda sebenarnya telah melambatkan lagi proses untuk anda mengenali hero sejati anda, Berkawan adalah lebih baik berbanding membawa satu-satu hubungan ke peringkat lebih tinggi kerana ia lebih mudah dipengaruhi emosi.
kami hanya memberikan pandangan dan penilaian terletak pada diri anda sendiri ok? :)

No comments:

Post a Comment